Ciri-ciri sahabat
Memberi dorongan dalam apa saja perkara yang kita lakukan. Tatkala semua orang memperlekehkan, dia datang dengan kata-kata semangat, dia datang dengan rangsangan-rangsangan. Dia sentiasa ada disisi kita walau apa sahaja keputusan yang akan kita ambil.
Dia sentiasa memperkatakan sesuatu yang baik tentang kita tidak kira dihadapan kita mahupun dibelakang kita. Apalagi ketika kita berada dalam keadaan down yang amat sangat. Dia datang dengan ucapan yang menaikkan semangat kita. Tetap menghargai kita walaupun kita kalah, tewas.
Jika berbuat bakti padanya dia akan melindungimu.
Jika engkau rapatkan persahabatanmu dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu.
Jika kita memerlukan bantuan, dia kan datang membantu dengan manis muka.
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargainya dan menyebut kebaikanmu.
Jika kita meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
Jika datang bencana menimpa dirimu dia akan datang meringankan kesusahanmu.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik padamu atau aibmu, dia akan menutupnya.
Jika berlaku perselisihan faham antara kita dan dia nescaya dia lebih senang mengalah dan meminta maaf demi menjaga kepentingan persahabatan.
Aku katakan ini berdasarkan pengalaman. Hampir tiga tahun hidup jauh dari keluarga...sahabat adalah yang hampir denganku...susah senang kami hadapi bersama. Menangis bersama, gembira bersama...sesungguhnya aku bertuah mendapat sahabat sepertinya... kupanjatkan doa semoga persahabatan kami terus utuh dan kukuh hingga ke syurga...
Kepada sahabat-sahabat kami...terima kasih pada kalian...kami benar2 menghargai kalian...



1 comments:
sahabat bisa berbagi suka dan duka. Salam kenal, nice blog. boleh tukeran link :D
Post a Comment